Bagi perniagaan ‘B2B’ laman webnya bukan sekadar sebuah brosur atas talian (online
brochure) semata-mata.
Laman web syarikat yang baik adalah laman web yang bukan sekadar mampu menjana
jualan tetapi yang penting mampu menjadi pusat rujukan prospek.
Untuk itu sesebuah laman web perlu ada 5 elemen berikut :
Elemen #1
Kandungan yang baik
Kandungan bermaksud apa yang kita tulis di dalam laman web tersebut. Kita perlu
sedar dan faham kenapa prospek datang dan membeca laman web kita. Pasti ada
sesuatu yang mereka cari atau sesuatu yang menarik perhatian serta minat mereka ada
di dalam laman web kita.
Pepatah Inggeris ada menyatakan “Content Is King” . Kandungan yang baik akan
menjana senarai prospek, membina kredibiliti serta membina keyakinan prospek
terhadap syarikat mahupun produk kita.
Kandungan yang kita hasilkan melalui penulisan itu perlulah padat, relevan, boleh
dikongsi sebarkan serta mempunyai nilai. Pelamat laman web anda memilih isu dalam
kandungan laman web anda, fikirkan tentangnya, bersembang tentangnya sehingga
seronok untuk kongsikannya dengan orang lain dan jika betul-betul berkesan Google
pun akan sebarkannya bagi pihak anda.
Ianya tidak semestinya penulisan dalam laman web tersebut tetapi gambar-gambar
serta video-video juga merupakan sesuatu yang ada kandungan yang boleh kita kongsi
sebarkan.
Kajian terkini menunjukkan 90% dari maklumat yang disebarkan akan mudah masuk ke
dalam minda manusia.
Elemen #2
Rekaan Web Yang Responsif
Laman web yang mempunyai rekaan yang menarik bukan sekadar hanya tertumpu
kepada rekaan grafiknya. Nagi B2B konsep rekaan grafiknya tidak perlu keterlaluan
tetapi cukup untuk tarik perhatian dan dalam masa yang sama dapat menaikkan imej
dan kredibiliti syarikat atau perniagaan.
Rekaan laman web juga bukan sekadar untuk paparan pada monitor computer atau lap-
top semata kerana kini apa yang kita panggil teklogi ‘mobile’ sedang berkembang
pesat.
Orang tidak perlu lagi ‘lap top’ untuk terus berada di atas talian (on-line) kerana dengan
sebuah telefon bimbit sahaja sudah boleh melakukan.
Oleh itu laman web yang direka haruslah boleh dipapar di ‘handphone’, lap top, iPad
dan sebagainya.
Elemen #3
Media Sosial
Dahulu media sosial hanya untuk mereka yang sering ber ‘online’ untuk bersosial di
internet. Kini media sosial merupakan satu medium pemasaran yang baik. Media sosial
ini termasuklah facebook, tweetter, Instagram dan sebagainya.
Prospek yang berpotensi tinggi bukan sekadar melawat laman web anda malah mereka
juga akan mencari akaun laman sosial anda seperti facebook dan tweeter.
Oleh itu laman web yang direka haruslah ada integrasi dengan laman sosial seperti
butang ‘sharing’ laman sosial tersebut.
Bagi perniagaan ‘B2B’ jangan pandang sebelah mata pada laman LinkedIn kerana
laman ini merupakan laman sosial bagi perniagaan.
Elemen #4
SEO
Sebaik mana pun rekaan laman web anda. Sebaik mana pun penulisan kandungannya
jika tiada pelawat maka ianya seumpama sesuatu yang sia-sia.
Terdapat dua cara untuk prospek sampai ke laman web kita :
1) Lakukan pemasaran dan war-warkan tentang laman web kita.
2) Prospek datang sendiri kerana melakukan carian di Google.
Google mempunyai perkhidmatan carian maklumat dan rata-rata tiada siapa yang tak
perniah mencari sesuatu di Google.
Search Engine Optimization (SEO) merupakan satu kaedah dimana kata-kata kunci
yang terdapat dalam kandungan laman web dijadikan sebagai carian di enjin carian
Google.
Melalui enjin carian Google ini prospek secara organiknya akan terjumpa laman web
kita.
Elemen #5
Fokus Kepada Prospek
Samada rekaan laman web mahupun penulisan kandungan laman web haruslah focus
kepada prospek.
Rekaan laman web yang fokus kepada prospek maka akan memudah prospek dalam
mendapatkan sesuatu melalui laman web kita itu. Mudah untuk akses, mudah untuk
dibaca serta mudah untuk melakukan tempahan atau belian melalui laman web
tersebut.
Rekaan grafiknya harus fokus kepada siapa prospek utama. Ini akan mempengaruhi
pemilihan warna tema serta rekaan grafik yang lainnya.
Kandungannya juga harus ditulis sesuai dengan apa yang prospek cari dan mahukan
dan misi penulisan adalah agar dapat selesaikan masalah prospek.