Upah Penulis Atau Tulis Sendiri ???

Jika kita ingin hasilkan penulisan copywriting adakah kita patut upah ‘copywriter’ untuk melakukannya atau cukuplah dengan melakukannya sendiri ?

Dua-dua pun elok. Tulis sendiri bagus malah upah orang pun bagus. Namun untuk memilih yang mana satu kita perlu melihat dalam beberapa sudut.

Sekarang mari kita lihat kenapa perlu upah orang. Antara sebab-sebabnya adalah :

1. Tidak ada ilmu penulisan surat jualan ( senang cerita tak tahu nak tulis)
2. Tiada masa nak tulis
3. Mahukan hasil penulisan yang lebih berkualiti dari pakar
4. Senang.. tak payah pening-pening… upah je

Penulis yang paling sesuai untuk menulis hasil ‘copywriting’ adalah tuan punya produk itu sendiri.

Kenapa?

Ini kerana hanya tuan produk yang paling memahami produknya, yang memahami siapa sasaran prospeknya dan memahami apakah ‘selling pitch’ yang perlu ada di dalam surat jualan tersebut.

Namun jika anda seorang yang terpaksa mengejar masa (kerana dalam perniagaan masa itu wang), idea untuk mengupah penulis sangatlah bersesuaian. Namun dalam masa yang sama kita tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang penulis upahan telah tuliskan kerana berkemungkinan besar mesej yang ditulis tidak kena dengan sasaran pasaran.

Contohnya saya pernah menulis surat jualan bagi sebuah produk kesihatan. Penulisan surat jualan saya tersebut lebih kepada menceritakan perihal penyakit dan bahaya penyakit namun tuan produk minta saya menukar penulisan tersebut dengan mesej pelansingan badan serta kecantikan untuk wanita dengan menggunakan produk kesihatan tersebut.

Selepas ditukar penulisannya surat jualan tersebut berjaya menghasilkan jualan yang tinggi.

Kenapa ini berlaku???

Ini kerana tuan produk tahu serta arif tentang produknya serta tahu ilmu penulisan surat jualan.

Oleh itu tidak kisahlah samada kita menulis sendiri hasil copywriting kita ataupun kita mengupah penulis untuk menghasilkannya ianya perlu dihasilkan dengan ilmu copywriting yang betul. Jika kita tiada ilmu maka kita perlu belajar atau kita upah sahaja kepada mereka yang pakar untuk melakukannya.